Monday, April 16, 2012

Puteri Jerijit Emas

Kumpulan Mak Yong Kijang Emas Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Mak Yong merupakan satu kesenian rakyat Malaysia yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai "Intengible Heritage" ataupun Warisan Tidak Ketara kepada negara Malaysia pada 25 November 2005. sehubungan dengan itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah melaksanakan satu program yang amat-amat dinanti-nantikan oleh semua peminat dan penggiat teater tradisional Mak Yong. Program Siri Jelajah Mak Yong Kijang Emas 2012 telah bermula di Zon A pada 13 - 17 Mac 2012 bertempat di Kompleks JKKN Kedah dan pada 14 - 23 Mac 2012 di Kompleks JKKN Pulau Pinang. Program ini menampilkan Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN, Kelantan seramai 16 orang dan antara pengisiannya adalah Bengkel Tari Mengadap Rebab selama 3 hari dan Pementasan Mak Yong "Tuan Puteri Jerijit Emas" selama 2 malam berturut-turut.
Selepas ini, kumpulan ini akan meneruskan siri jelajahnya ke Zon B pada 9 -13 Mei 2012 bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan seterusnya ke Pekan, Pahang pada 15 - 20 Mei 2012. Kepada semua peminat Mak Yong, bolehlah luangkan masa anda untuk sama-sama menyaksikan pementasan ini nanti... jumpa di sana


No comments:

Post a Comment