Video ini dirakam ketika Pementasan Mak Yong Puteri Jerijit Emas oleh Kumpulan Kijang Emas JKKN Kelantan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang pada 23 Mac 2012 bersempena Program Siri Jelajah Mak Yong Kijang Emas 2012 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang dikelolakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JKKN Ibu Pejabat.
Sesedap Rasa
Monday, April 16, 2012
Bob Kuman Terlantar Sakit, Perlukan Bantuan Kewangan
Keadan terkini Bob Kuman pada 15 April 2012 |
"Saya cuma ada RM36 dalam akaun simpanan" - Bob Kuman (Ekslusif)
Mungkin ada yang mengenali gambar diatas dan mungkin juga tidak. Tetapi bila disebut Bob Kuman pasti ramai yang pernah mendengarnya terutama mereka yang meminati dan sering menonton karya seni tempatan. Mungkin ramai yang mengenalinya kerana bentuk badannya yang gempal dan lakonannya yang mencuit hati. Kini Bob Kuman terlantar sakit, lemah serta tidak dapat bergerak dikediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Pada malam tahun 2011, semasa sesi pengambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak' siri televisyen, Bob terjatuh di Hulu Langat Selagor. Lan Pet Pet dan Wahid Senario antara saksi kejadian. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, Bob terpaksa memandu sendirian ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja.
Keadaan Bob Kuman sewaktu terjatuh di Hulu Langat |
Bob dimaklumkan bahawa dia telah berhutang sebanyak RM7000 dengan pihak hospital akibat insiden tersebut yang mana Bob telah dirawat selama 2 minggu dan jumlah tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh Bob dan agak terkilan kerana penerbit rancangan 'Jangan Pandang Belakang Congkak' langsung tidak membantu untuk menjelaskan bil hospita tersebut.
Sejak 8 April yang lalu, Bob tidak dapat bergerak aktif dan terpaksa bergantung kepada mesin oksigen untuk membantu pernafasan. Masalah kewangan membantutkan hasrat Bob untuk menyewa tangki oksigen yang memakan belanja yang tinggi.
Dalam keadaan Bob yang sebegitu yang pastinya kehilangan sumber pendapatan didalam dunia lakonan, Bob masih bersyukur kerana perniagaan gerai Bawal Power yang diusahakan bersama rakannya mendapat sambutan. Dari perniagaan itu, ujar Bob sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi.
Perniagaan Gerai Bawal Power Bob Kuman dan rakan |
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementrian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dibawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni dan sedang menunggu keputusan daripada Kementrian terbabit.
Untuk mengetahui perkembangan Bob Kuman, untuk mengetahui perbualan Bob bersama Mazidul Akmal Sidik, untuk menghulurkan bantuan, sila ke blog Saudara Mazidul Akmal Sidik, sumber asal entry ini. Terima kasih.
Puteri Jerijit Emas
Kumpulan Mak Yong Kijang Emas Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Mak Yong merupakan satu kesenian rakyat Malaysia yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai "Intengible Heritage" ataupun Warisan Tidak Ketara kepada negara Malaysia pada 25 November 2005. sehubungan dengan itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah melaksanakan satu program yang amat-amat dinanti-nantikan oleh semua peminat dan penggiat teater tradisional Mak Yong. Program Siri Jelajah Mak Yong Kijang Emas 2012 telah bermula di Zon A pada 13 - 17 Mac 2012 bertempat di Kompleks JKKN Kedah dan pada 14 - 23 Mac 2012 di Kompleks JKKN Pulau Pinang. Program ini menampilkan Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN, Kelantan seramai 16 orang dan antara pengisiannya adalah Bengkel Tari Mengadap Rebab selama 3 hari dan Pementasan Mak Yong "Tuan Puteri Jerijit Emas" selama 2 malam berturut-turut.
Selepas ini, kumpulan ini akan meneruskan siri jelajahnya ke Zon B pada 9 -13 Mei 2012 bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan seterusnya ke Pekan, Pahang pada 15 - 20 Mei 2012. Kepada semua peminat Mak Yong, bolehlah luangkan masa anda untuk sama-sama menyaksikan pementasan ini nanti... jumpa di sana
Assalamualaikum
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya cuba untuk membuka satu blog. walaupun xberapa pandai sangat, tp atas tunjuk ajar kawan, kira oklah... Insyaallah akan diupgrade dari masa ke semasa.
masih lagi dalam percubaan dan pembelajaran. klu ada yg sudi ajar dan bagi ilmu tu, amat-amatlah dialu alukan..sama2lah kita berkongsi
masih lagi dalam percubaan dan pembelajaran. klu ada yg sudi ajar dan bagi ilmu tu, amat-amatlah dialu alukan..sama2lah kita berkongsi
Subscribe to:
Posts (Atom)